
kenapa selalunya orang ramai termasuklah mahasiswa dan mahasiswi di universiti tempatan nahupun luar negara takut hendak mengutarakan pendapat semasa perbincangan? pernah seorang rakan baik aku pernah berkata bahawa pendapat yang diberinya selalu ditolak mentah-mentah dan langsung tidak diberi pertimbangan mahupun peluang untuk mempertahankan hujah-hujahnya...
jadi aku beranggapan mentaliti orang ramai khususnya di Malaysia harus berubah dan perlu mengamalkan perbincangan terbuka.Aku bukanlah nak mengutuk keseluruhan rakyat Malaysia tetapi ada secalit manusia di kalangan kita sangat tidak suka menerima atau mempertimbangkan pandangan orang lain.adakah mereka anggap mereka selalu betul?
aku menulis blog ni bukanlah apa, ini adalah kerana jika difikirkan secara mendalam dan diteliti, impaknya di kemudian hari boleh membantutkan perkembangan diri, keluarga,masyarakat, agama dan juga negara.aku beri contoh, jika kita lihat semula era pemerintahan Dr.Mahathir, banyak idea-idea beliau jika difikirkan pada zaman tersebut amat tidak logik, angan-angan mat jenin, dan membuta tuli.pernah ada yang mentertawakan idea Dr.Mahathir tentang pembuatan kereta nasional Proton pada tahun 80-an.ada suara-suara sumabng seperti ini:
"nak buat kereta, kita nak buat jarum pun belum tentu dapat buat dengan sempurna.inikan nak buat kereta, mampu ke rakyat Malaysia mencipta 'design' dan kereta kita sendiri"
tapi setelah lebih 20 tahun Proton menerajui penciptaan kereta nasional,aku berasa bangga apabila dapat melihat model Proton Wira, Gen-2, Waja,Satria dipandu di bumi tanah hitam ini iaitu United Kingdom.kalaulah Dr.Mahathir tunduk kepada ejekan,cacian yang diterima pada zaman pemerintahan beliau, belum tentu Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan negara lain.aku bukanlah nak berbicara tentang politik, tetapi sekadar mengambil contoh pendapat yang jika difikir-fikirkan nampak mustahil, tetapi akhirnya memberikan hasil yang 'beyond the expectation'.
jadi bagi memajukan diri dan masyarakat, mentaliti kita kena berubah, dan jika hendak menjadi mendapat status negara maju kita juga harus berfikir seperti rakyat negara maju.bukan sekadar berlumba membina bangunan tinggi ,mencapai tahap KDNK yang ditentukan ,membasmi kemiskinan dan pelbagai lagi kriteria status negara maju, tetapi pemikran kita juga harus setanding dengan mereka .
cuba kita berfikir sejenak, bayangkan suatu idea yang sangat bernas muncul dari mulut seorang yang selalunya ideanya ditolak mentah-mentah dapat digunakan untuk kemaslahatan diri, masyarakat ,agama dan negara juga ditolak mentah tanpa diberi peluang untuk membuktikan ataupun memperjelas apa sebenarnya yang difikirkan olehnya.ini akan mendatangkan rugi yang amat besar pada masyarakat keseluruhannya.
jadi...fikir-fikirkanlah...:)
No comments:
Post a Comment